Monday, July 26, 2010

Mengenai Saya

Pengasas Bersama RAMPO (M) Sdn Bhd tahun 2009 dengan pengalaman lebih dari 5 tahun dalam pelbagai cabang bidang seperti seni bina dan rekabentuk dalaman, pengubahsuaian ruang dalaman pejabat  kediaman, bidang seni reka grafik berkomputer dan yang terkini, bidang dalam pembangunan perniagaan. Berkelulusan dari Univerisiti Teknologi Mara Shah Alam jurusan Rekabentuk Dalaman tahun 2003. Kemampuannya untuk berinteraksi dengan pelbagai syarikat rekabentuk dan individu perekabentuk profesional dalam merancang, merekabentuk dan proses penyelesaian berdasarkan kepada keperluan pelanggan dengan berteraskan kaedah konvensional dan teknologi maklumat.
Berperanan sebelum ini sebagai Project Designer Impacreative Design Studio, beliau berjaya menguruskan pelbagai jenis projek rekabentuk dalaman dan rekabentuk grafik bermula dari lakaran asas (pre-conceptual) sehingga proses pembinaan akhir seperti perumahan, pejabat dan kedai runcit dan sebagainya.
 
Seorang yang meminati seni, rekabentuk dan fotografi. Bermatlamatkan diri dalam mengeksplorasikan seni dan menemukan peluang baru dalam perniagaan kreatif. Dengan demikian, dalam mencapai cita-citanya cuba melihat ke depan ke dalam menggabungkan teknologi maklumat dan rekabentuk seni untuk menjadi elemen kuat yang boleh mengubah dunia kreativiti.

No comments: