Testimonial

Daripada seorang yang aku gelarkan Sifu. Ini adalah antara komen yang beliau berikan:-

Monday, 14 June 2010

IDEA: REZEKI PADA PERINGKAT AWAL

 Neil, berjaya memenfaatkan idea untuk menjadi sumber rezeki

Salam,
Idea yang Allah beri sebenarnya ialah merupakan rezeki pada peringkat awal pembangunan sesuatu produk. Apabila telah menjadi nyata dan memberi penghasilan dan nilai tambah ekonomi maka idea berkenaan telah berjaya diterjemah sebagai rezeki yang telah dimenfaat sepenuhnya.Ada unsur "kesyukuran" seperti dalam konteks posting terdahulu mengenai kesyukuran.   

Seorang rakan saya mempunyai bakat melukis grafik di atas medium yang jarang diguna orang untuk melukis atau membuat sketch. Dia menggunakan kertas tisu! Pelbagai tisu digunakan dan idea untuk mencoret grafitinya itu ialah secara spontan. Ideanya mencurah-curah dan dia sentiasa berjaya menterjemah idea berkenaan di atas kertas tisu.

Neil nama gelarannya,  mempunyai latar belakang sebagai artis multimedia dan berkebolehan pula di dalam bidang dekorasi dalaman. Namun demikian idea melukis di atas kertas yang satu itu merupakan idea yang penulis rasakan amat unik. Bukan mudah untuk menghasilkan grafiti atau grafik di atas kertas selembut kertas tisu kerana ianya mudah koyak apabila dibasahkan dengan dakwat. Di sinilah letaknya keistimewaan Neil.

Neil memuatnaik sketch atau grafik yang telah dilukiskan itu hanya pada mulanya sebagai suka-suka. Penulis sebagai rakan beliau  nampak aktiviti berkenaan boleh pergi lebih jauh lagi jika dia mempunyai banyak lukisan dan rakan-rakan yang boleh membentuk "interest group". Di atas galakan rakan-rakan Neil telah menubuhkan satu "group" khas di Facebook yang diberi nama "Sketches of Expression". Apa yang menariknya ialah kumpulan ini sudah mula menarik minat "fan" yang mula turut sama menyumbang. Akhirnya Neil bersama rakan "sekepalanya" telah berjaya membuat pamiran mini di Shah Alam. Seorang rakannya yang mempunyai gerai seni telah memasukkan "sketch atas tisu" ini sebagai bahan jualannya!
 
Dan antara yang lain memberi testimonial

1) shaazim dadameah said...
Ya...itulah kebetulan yang dirancang, tetapi tuhan yang menentukan.
2) ~CharaBeb~ said...
Tahniah Neil! Sebagai rakan 'sekepala', aku akan terus menyokongmu! Sebarang idea simple & kreatif mcm ni sememangnya mampu mendatangkn income, hanya terpulang pada individu untuk berusaha saja.
3) Manusia said...
Tima kasih kerana meng edit logo secondJB tu.. Memamng cantek dah logo tu.. semoga Allah melimpahkan rejeki kamu.. Keep Up The Good Work Pemimpin Pengakap Laut 2ndJB,SDj JB