Friday, June 18, 2010

2nd JB Sea Scout Sekolah Dato Jaafar, Johor Bahru


Memori kenangan sekolah lama (SDJ) - permintaan daripada salah seorang senior Brader Ayob, untuk di perbaiki logo lama Pengakap Laut Kumpulan ke 2 Johor Bahru. Dihasilkan bertujuan untuk dipaparkan pada laman web 2nd JB Sea Scout juga digunakan untuk Majlis Perjumpaan Alumni Sekolah Dato Jaafar (SDJ) - Jaafarian Old Boys (JOB) yang berlangsung pada19 June 2010 di perkarangan sekolah."BERILMU BERSASA' dan 'PENGAKAP LAUT HIDUP BERBAKTI'

Wednesday, June 16, 2010

World Cup 2010 Sketches

Session: 2010 World Cup Fever
Venue: Restoran Mak Jah Taman Cempaka, JB
Match: Ivory Coast vs Portugal 15062010

4 Tahun sekali. sangat payah nak menceritakan peristiwa yang berlaku, so amik tisu layankan linestroke dengan harapan dapat meninggalkan sebuah memori.

Pekan Frinjan 12th - Exhibition

Bermulanya sebuah Transformasi - Dari bermulanya secebis idea yang tidak dirancang, mencapai sekeping tissue restoran mamak bergabung dan berdiskusi dengan geng-geng sekepala. Perlaksanaan 'project underground' dengan sokongan rakan sekepala jugak menghasilkan satu transformasi dari sekeping tisu kepada beberapa keping RM, Bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan kalian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. (",)

RAMPO (M) Sdn Bhd Corporate Logo Design

Rekabentuk Logo Syarikat tempatan - Cadangan merekabentuk logo untuk sebuah syarikat yang berlatarbelakang 'design & multimedia'. Simple Black & White Logo. Spesifikasi yang mudah untuk diterjemahkan ke dalam penggunaan perisian rekabentuk. Artline 0.4 dan sekeping tissue free dari kedai mamak mencetuskan idea yang sangat simple tapi menepati citarasa pelanggan. Imej di atas menceritakan proses yang berlaku. (",)